CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 28, 2010

Melihat Dunia Melalui Broadband

             Assalamualaikum.Apa khabar semua?Harap dalam keadaan yang sihat sejahtera.Kali ini,saya akan menceritakan secara menyeluruh melalui artikalku.

             Dunia ini bagaikan berada di hujung jariku dan semuanya kerana segalanya dalam genggaman broadband.Segala perkara yang saya inginkan terasa begitu hampir denganku.Saya dapat menyaksikan rancangan kegemaran saya secara online seperti Kapten Kit di tv3.com.my ataupun mencari segala hal maklumat dengan pantas di gogle.com.Apapun,kini saya dapat berinteraksi dengan mudah bersama rakan saya,James Altman yang kini berada di Turki meneruskan pengajiannya di universiti melalui emel.

          Namun,saya tidak akan lupa juga untuk membahagikan masa saya untuk masa depan.Kepelbagaian senarai laman web pendidikan (www.tutor.com.my,e-tutor.com.my,www.cikgu.net.my/malay/) membolehkan saya mendapat senarai input ilmiah yang berhemah tinggi.Bekas pengajar saya,Uncle Sam pernah berkata,"Dunia ini penuh dengan 'haiwan-haiwan liar' yang akan sentiasa mencari jalan untuk menewaskan diri ini melainkan dengan ilmu pengetahuan yang mantap"(ditafsir semula daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu).Apapun,berita yang bersifat seantero dunia juga saya dapat ketahui dengan mudah dan muktahir.

            Seingat saya,saya mula menceburkan diri ke alam maya ini ketika di tingkatan 1,(agak lewat sikit ye) atas tunjuk ajar guru saya,Puan Sarah.Setelah itu saya menggelintar tetikus saya ke macam-macam laman web.Saya juga membuka laman web sosial saya yang pertama,Myspace.Walaupun rumah saya tidak mempunyai sebarang kemudahan ICT,namun saya bergiat aktif di makmal komputer sekolah saya dan juga di siber kafe kampung saya.Apapun,broadband telah membuka lembaran baru dalam kamus hidup saya.Kepantasan dalam mengakses,memuat turun serta naik membuat hatiku terpaut kepada kecanggihannya.

              Sekarang kita kembali ke alam nyata pula, statistik di sebelah menunjukkan sehingga kini sudah ada hampir 1.4 Billion pengguna internet aktif di seluruh dunia, majoriti adalah penduduk Asia. Disini Malaysia tidak terkecuali didalam perkembangan pesat penggunaan internet hari ini.Oleh itu,bersama-samalah kita mengambil broadband sebagai teman kita dalam menjelajah dunia yang fana ini.Jadilah kita bangsa yang matang,Hidup Malaysia!!!

0 comments: