CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 28, 2010

Melihat Dunia Melalui Broadband

             Assalamualaikum.Apa khabar semua?Harap dalam keadaan yang sihat sejahtera.Kali ini,saya akan menceritakan secara menyeluruh melalui artikalku.

             Dunia ini bagaikan berada di hujung jariku dan semuanya kerana segalanya dalam genggaman broadband.Segala perkara yang saya inginkan terasa begitu hampir denganku.Saya dapat menyaksikan rancangan kegemaran saya secara online seperti Kapten Kit di tv3.com.my ataupun mencari segala hal maklumat dengan pantas di gogle.com.Apapun,kini saya dapat berinteraksi dengan mudah bersama rakan saya,James Altman yang kini berada di Turki meneruskan pengajiannya di universiti melalui emel.

          Namun,saya tidak akan lupa juga untuk membahagikan masa saya untuk masa depan.Kepelbagaian senarai laman web pendidikan (www.tutor.com.my,e-tutor.com.my,www.cikgu.net.my/malay/) membolehkan saya mendapat senarai input ilmiah yang berhemah tinggi.Bekas pengajar saya,Uncle Sam pernah berkata,"Dunia ini penuh dengan 'haiwan-haiwan liar' yang akan sentiasa mencari jalan untuk menewaskan diri ini melainkan dengan ilmu pengetahuan yang mantap"(ditafsir semula daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu).Apapun,berita yang bersifat seantero dunia juga saya dapat ketahui dengan mudah dan muktahir.

            Seingat saya,saya mula menceburkan diri ke alam maya ini ketika di tingkatan 1,(agak lewat sikit ye) atas tunjuk ajar guru saya,Puan Sarah.Setelah itu saya menggelintar tetikus saya ke macam-macam laman web.Saya juga membuka laman web sosial saya yang pertama,Myspace.Walaupun rumah saya tidak mempunyai sebarang kemudahan ICT,namun saya bergiat aktif di makmal komputer sekolah saya dan juga di siber kafe kampung saya.Apapun,broadband telah membuka lembaran baru dalam kamus hidup saya.Kepantasan dalam mengakses,memuat turun serta naik membuat hatiku terpaut kepada kecanggihannya.

              Sekarang kita kembali ke alam nyata pula, statistik di sebelah menunjukkan sehingga kini sudah ada hampir 1.4 Billion pengguna internet aktif di seluruh dunia, majoriti adalah penduduk Asia. Disini Malaysia tidak terkecuali didalam perkembangan pesat penggunaan internet hari ini.Oleh itu,bersama-samalah kita mengambil broadband sebagai teman kita dalam menjelajah dunia yang fana ini.Jadilah kita bangsa yang matang,Hidup Malaysia!!!

SYUKRAN JALUR LEBAR...........................

          Assalamualaikum semua,bertemu kita lagi dalam membicarakan topik yang berpropagandakan jalur lebar.Pada saat ini saya akan membicarakan tentang generasi yang seterusnya dalam keluarga jalur lebar yakni WiMax.


WiMAX, (bahasa Inggeris: Worldwide Interoperability for Microwave Access), ialah satu teknologi telekomunikasi yang bertujuan menawarkan data wayarles melalui jarak jauh dengan pelbagai cara, sama ada capaian titik ke titik atau capaian jenis selular mobil penuh. WiMAX berasaskan piawaian IEEE 802.16 yang juga dipanggil WirelessMAN. Nama "WiMAX" direka oleh Forum WiMAX yang diasaskan pada Jun 2001 untuk memupuk kepatuhan dan saling kendali dalam piawaian berkenaan. Forum ini menyifatkan WiMAX sebagai "tekonologi berasaskan piawaian yang membolehkan penyampaian capaian jalur lebar wayarles 'jarak paling jauh' sebagai alternatif kepada kabel dan DSL".
Pakistan sekarang mempunyai rangkaian WiMAX seluruh negara berfungsi sepenuhnya yang terbesar di dunia. Wateen Telecom memasang rangkaiannya di 17 buah bandar di seluruh Pakistan menggunakan perkakasan Motorola.
Selain itu, terdapat perdebatan tentang kebahayaan penggunaan teknologi WiMAX secara meluas. Melalui kajian Satellite Users Interference Reduction Group (SUIRG), teknologi ini mengganggu isyarat Satelit C-Band.
Kebanyakan syarikat sedang mengkaji WiMAX dengan terperinci untuk kesalinghubungan "jarak paling jauh" pada kadar data yang tinggi. Persaingan yang timbul boleh merendahkan harga untuk pengguna rumah dan perniagaan atau membawa capaian jalur lebar ke tempat yang tiada jalur lebar atas sebab ekonomi. Sebelum WiMAX, terdapat banyak pengendali yang selama ini menggunakan teknologi wayarles tetap proprietari untuk perkhidmatan jalur lebar.
Capaian WiMAX digunakan untuk membantu komunikasi di Aceh, Indonesia, selepas kejadian tsunami pada Disember 2004. Segala prasaran komumikasi di kawasan terbabit ranap, kecuali radio amatur, mengakibatkan para mangsa yang terselamat tidak dapat berhubung dengan orang di luar kawasan bencana. WiMAX menyediakan capaian jalur lebar yang membantu menjana semula komunikasi ke Aceh.
WiMAX digunakan oleh Intel untuk membantu FCC dan FEMATaufan Katrina dalam usaha komunikasi di kawasan-kawasan yang terjejas oleh

                Bagi empunya diri ini,ini telah membawa satu impak yang mendalam kepada peningkatan intelek dan daya kreativiti
minda.Bagaimana ini bisa berlaku?Melalui transaksi input maklumat daripada alam maya ke alam minda.Namun,saya hanya membaca  artikel daripada skrin monitar komputer dengan sokongan internet.Saya juga gemar melayari blog-blog insan yang lain antaranya ialah badarsbpipekan.blogspot.com yang memuatkan artikal berkenaan akidah,cara beribadat serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam.
             Melalui kecanggihan teknologi komunikasi masa kini,saya juga dapat untuk membaca suratkhabar secara online.Ohh...sungguh lega rasanya hati ini pabila dapat mengetahui isu-isu terkini pada bila-bila masa dan di mana jua.Selaras dengan kehidupan saya sebagai seorang pelajar sekolah asrama,pengurusan masa saya menjadi lebih efektif dan holistik.Saya mencadangkan akan suratkahabar Berita Harian Online iatu berita-harian-online.com sebagai penyambung buah fikiran kepada nadi ilmu.

           Sampai di sini sahaja perbicaraan kita pada kali ini.Saya menyusun jari sebelas..opps,jari sepuluh jika terdapat sebarang kekurangan pada blog saya ini.Sekian saja,salam 1 Malaysia.........
     
          

Wednesday, February 24, 2010

APAKAH ITU FACEBOOK DARI SEGI ILMIAH


 
Facebook merupakan sebuah tapak web rangkaian sosial yang membenarkan orang untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dan saling bertukar maklumat. Facebook diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang bekas ahli kelas Harvard tahun 2006 dan seorang bekas pelajar Ardsley High School . Mula-mulanya keahlian hanya dibuka kepada para mahasiswa Kolej Harvard. Selepas itu rangkaian sosial ini berkembang ke sekolah-sekolah kawasan Boston yang lain.Banyak universiti individu ditambah dengan pantas pada tahun yang seterusnya. Akhirnya, orang yang mempunyai alamat e-mel universiti(misalnya .edu) daripada institusi di seluruh dunia layak menyertai Facebook. Sejak 11 September 2006, rangkaian sosial ini disediakan kepada sesiapa yang mempunyai alamat e-mel, jika mereka berada dalam lingkungan umur yang tertentu. Pengguna bolah memilih untuk menyertai satu atau lebih rangkaian, seperti sekolah menengah, tempat bekerja, atau kawasan geografi.

SANTAPAN MINDA MENGENAI JALUR LEBAR,,,,..

Artikel ini mengenai jalur lebar iaitu medium komunikasi capaian tinggi, lihat lebar jalur untuk kelajuan rangkaian.
Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur lebar (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz). 

Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.
Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.            

 
            Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider(ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan  lebar jalurkadar bit yang ditakrifkan dalam industri komunikasi. yang kurang kerana tidak  terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.
   
                 Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa - multiplexer pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi pembawa - multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing) atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dalam multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh dipanggil sebagai jalur lebar.

Tuesday, February 23, 2010

kenapa mesti jalur lebar..........

  Jalur lebar.Ini adalah satu elemen penting yang menjadi tunggak kepada 

enjin gaya hidup masa kini.Dan salah satu daripadanya ialah Facebooks.

Ya! nampaknya, saya kini lebih banyak berkongsi tips, info, perkembangan terkini , dan mencari awek baru bersosial di facebook berbanding di forum atau blog.
Apa yang saya suka mengenai facebook ialah, ianya cepat, mudah dan ringkas… di facebook saya boleh berkongsikan tips-tips yang ringkas kepada kawan-kawan. Boleh bertanyakan soalan dan pendapat yang ringkas-ringkas dan  mendapat reply yang pantas , lebih-lebih lagi jika bilangan rakan anda sangat ramai macam saya.
          oleh itu,memang benar kata orang tua,kerana nenek saya pernah berpesan,kalau nak 
bersosial,biarlah kena pada caranya.....