Assalamualaikum.Apa khabar semua?Harap dalam keadaan yang sihat sejahtera.Kali ini,saya akan menceritakan secara menyeluruh melalui artikalku.
Dunia ini bagaikan berada di hujung jariku dan semuanya kerana segalanya dalam genggaman broadband.Segala perkara yang saya inginkan terasa begitu hampir denganku.Saya dapat menyaksikan rancangan kegemaran saya secara online seperti Kapten Kit di tv3.com.my ataupun mencari segala hal maklumat dengan pantas di gogle.com.Apapun,kini saya dapat berinteraksi dengan mudah bersama rakan saya,James Altman yang kini berada di Turki meneruskan pengajiannya di universiti melalui emel.
Namun,saya tidak akan lupa juga untuk membahagikan masa saya untuk masa depan.Kepelbagaian senarai laman web pendidikan (www.tutor.com.my,e-tutor.com.my,www.cikgu.net.my/malay/) membolehkan saya mendapat senarai input ilmiah yang berhemah tinggi.Bekas pengajar saya,Uncle Sam pernah berkata,"Dunia ini penuh dengan 'haiwan-haiwan liar' yang akan sentiasa mencari jalan untuk menewaskan diri ini melainkan dengan ilmu pengetahuan yang mantap"(ditafsir semula daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu).Apapun,berita yang bersifat seantero dunia juga saya dapat ketahui dengan mudah dan muktahir.
Seingat saya,saya mula menceburkan diri ke alam maya ini ketika di tingkatan 1,(agak lewat sikit ye) atas tunjuk ajar guru saya,Puan Sarah.Setelah itu saya menggelintar tetikus saya ke macam-macam laman web.Saya juga membuka laman web sosial saya yang pertama,Myspace.Walaupun rumah saya tidak mempunyai sebarang kemudahan ICT,namun saya bergiat aktif di makmal komputer sekolah saya dan juga di siber kafe kampung saya.Apapun,broadband telah membuka lembaran baru dalam kamus hidup saya.Kepantasan dalam mengakses,memuat turun serta naik membuat hatiku terpaut kepada kecanggihannya.
Sekarang kita kembali ke alam nyata pula, statistik di sebelah menunjukkan sehingga kini sudah ada hampir 1.4 Billion pengguna internet aktif di seluruh dunia, majoriti adalah penduduk Asia. Disini Malaysia tidak terkecuali didalam perkembangan pesat penggunaan internet hari ini.Oleh itu,bersama-samalah kita mengambil broadband sebagai teman kita dalam menjelajah dunia yang fana ini.Jadilah kita bangsa yang matang,Hidup Malaysia!!!
Sunday, February 28, 2010
Melihat Dunia Melalui Broadband
Posted by ZULRASHAM RAHMAT at 10:16 PM 0 comments
SYUKRAN JALUR LEBAR...........................
Assalamualaikum semua,bertemu kita lagi dalam membicarakan topik yang berpropagandakan jalur lebar.Pada saat ini saya akan membicarakan tentang generasi yang seterusnya dalam keluarga jalur lebar yakni WiMax.
WiMAX, (bahasa Inggeris: Worldwide Interoperability for Microwave Access), ialah satu teknologi telekomunikasi yang bertujuan menawarkan data wayarles melalui jarak jauh dengan pelbagai cara, sama ada capaian titik ke titik atau capaian jenis selular mobil penuh. WiMAX berasaskan piawaian IEEE 802.16 yang juga dipanggil WirelessMAN. Nama "WiMAX" direka oleh Forum WiMAX yang diasaskan pada Jun 2001 untuk memupuk kepatuhan dan saling kendali dalam piawaian berkenaan. Forum ini menyifatkan WiMAX sebagai "tekonologi berasaskan piawaian yang membolehkan penyampaian capaian jalur lebar wayarles 'jarak paling jauh' sebagai alternatif kepada kabel dan DSL".
WiMAX, (bahasa Inggeris: Worldwide Interoperability for Microwave Access), ialah satu teknologi telekomunikasi yang bertujuan menawarkan data wayarles melalui jarak jauh dengan pelbagai cara, sama ada capaian titik ke titik atau capaian jenis selular mobil penuh. WiMAX berasaskan piawaian IEEE 802.16 yang juga dipanggil WirelessMAN. Nama "WiMAX" direka oleh Forum WiMAX yang diasaskan pada Jun 2001 untuk memupuk kepatuhan dan saling kendali dalam piawaian berkenaan. Forum ini menyifatkan WiMAX sebagai "tekonologi berasaskan piawaian yang membolehkan penyampaian capaian jalur lebar wayarles 'jarak paling jauh' sebagai alternatif kepada kabel dan DSL".

Selain itu, terdapat perdebatan tentang kebahayaan penggunaan teknologi WiMAX secara meluas. Melalui kajian Satellite Users Interference Reduction Group (SUIRG), teknologi ini mengganggu isyarat Satelit C-Band.
Kebanyakan syarikat sedang mengkaji WiMAX dengan terperinci untuk kesalinghubungan "jarak paling jauh" pada kadar data yang tinggi. Persaingan yang timbul boleh merendahkan harga untuk pengguna rumah dan perniagaan atau membawa capaian jalur lebar ke tempat yang tiada jalur lebar atas sebab ekonomi. Sebelum WiMAX, terdapat banyak pengendali yang selama ini menggunakan teknologi wayarles tetap proprietari untuk perkhidmatan jalur lebar.
Capaian WiMAX digunakan untuk membantu komunikasi di Aceh, Indonesia, selepas kejadian tsunami pada Disember 2004. Segala prasaran komumikasi di kawasan terbabit ranap, kecuali radio amatur, mengakibatkan para mangsa yang terselamat tidak dapat berhubung dengan orang di luar kawasan bencana. WiMAX menyediakan capaian jalur lebar yang membantu menjana semula komunikasi ke Aceh.
WiMAX digunakan oleh Intel untuk membantu FCC dan FEMATaufan Katrina dalam usaha komunikasi di kawasan-kawasan yang terjejas oleh
Bagi empunya diri ini,ini telah membawa satu impak yang mendalam kepada peningkatan intelek dan daya kreativiti
minda.Bagaimana ini bisa berlaku?Melalui transaksi input maklumat daripada alam maya ke alam minda.Namun,saya hanya membaca artikel daripada skrin monitar komputer dengan sokongan internet.Saya juga gemar melayari blog-blog insan yang lain antaranya ialah badarsbpipekan.blogspot.com yang memuatkan artikal berkenaan akidah,cara beribadat serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam.

Sampai di sini sahaja perbicaraan kita pada kali ini.Saya menyusun jari sebelas..opps,jari sepuluh jika terdapat sebarang kekurangan pada blog saya ini.Sekian saja,salam 1 Malaysia.........
Posted by ZULRASHAM RAHMAT at 5:07 PM 0 comments
Wednesday, February 24, 2010
APAKAH ITU FACEBOOK DARI SEGI ILMIAH

Posted by ZULRASHAM RAHMAT at 6:38 PM 0 comments
SANTAPAN MINDA MENGENAI JALUR LEBAR,,,,..
- Artikel ini mengenai jalur lebar iaitu medium komunikasi capaian tinggi, lihat lebar jalur untuk kelajuan rangkaian.
Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur lebar (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).
Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.
Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.
Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider(ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalurkadar bit yang ditakrifkan dalam industri komunikasi. yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.
Posted by ZULRASHAM RAHMAT at 12:20 AM 0 comments
Tuesday, February 23, 2010
kenapa mesti jalur lebar..........
Jalur lebar.Ini adalah satu elemen penting yang menjadi tunggak kepada
enjin gaya hidup masa kini.Dan salah satu daripadanya ialah Facebooks.
Ya! nampaknya, saya kini lebih banyak berkongsi tips, info, perkembangan terkini , dan mencari awek baru bersosial di facebook berbanding di forum atau blog.
Apa yang saya suka mengenai facebook ialah, ianya cepat, mudah dan ringkas… di facebook saya boleh berkongsikan tips-tips yang ringkas kepada kawan-kawan. Boleh bertanyakan soalan dan pendapat yang ringkas-ringkas dan mendapat reply yang pantas , lebih-lebih lagi jika bilangan rakan anda sangat ramai macam saya.
oleh itu,memang benar kata orang tua,kerana nenek saya pernah berpesan,kalau nak
bersosial,biarlah kena pada caranya.....
Posted by ZULRASHAM RAHMAT at 12:09 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)